HOME

Monday 30 May 2016

PEJUANG DALAM MENENTANG MALAYAN UNION - Dato' Onn Bin Jaafar

PROFIL DAN BIOGRAFI DATO ONN JAAFAR


Dato’ Onn Bin Jaafar seorang tokoh politik dan pentadbiran yang menonjol sebelum Tanah Melayu Merdeka. Sumbangan beliau ialah membangkitkan semangat kesedaran kebangsaan Melayu dan memimpin orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka yang telah dilenyapkan oleh penjajah British.

Kehidupannya menjadi lebih berdarjat kerana keluarganya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kerabat Diraja Johor.

Dato’ Onn dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mempelajari bahasa Melayu oleh ayahnya. Beliau telah membawa hikayat-hikayat Melayu dan mempelajari tulisan jawi.

Beliau telah dihalau ke Singapura oleh Sultan Ibrahim atas beberapa sebab. Oleh itu, beliau telah menceburkan diri dalam bidang kewartawanan dan telah menjadi pengarang Warta Malaya pada tahun 1930. Beliau telah mengendalikan empat buah akhbar dalam masa enam tahun. Beliau kerap mengkritik pentadbiran British di dalam penulisan akhbar.

Penglibatannya di dalam akhbar-akhbar tersebut telah menjadikannya salah seorang penggerak gerakan semangat kebangsaan Melayu 1930-an.


PERANAN DATO’ ONN JAAFAR DALAM PENENTANGAN MALAYAN UNION


Dato' Onn Jaafar salah seorang pejuang kemerdekaan, antaranya menuntut hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-raja Melayu yang telah dilenyapkan melalui penguatkuasaan Gagasan Malayan Union.

Dato’ Onn telah memimpin orang Melayu dalam menentang Malayan Union dengan mengesyorkan satu pertubuhan kebangsaan diadakan bagi mewakili orang Melayu di dalam menentang Malayan Union. Pertubuhan itu dinamakan United Malays Organization (U.M.O)

Antara sebab penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union adalah seperti berikut:

i.       Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. 
ii.      Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui
prinsip jus soli. 
iii.    Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. 
iv.   Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan. 

Orang Melayu mula mengadakan beberapa rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Keberhasilan orang Melayu membubarkan Malayan Union memperlihatkan kejayaan orang Melayu mengembalikan semula kuasa dan martabat Raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


No comments:

Post a Comment